Berita Harian public
[search 0]
More
Download the App!
show episodes
 
Artwork
 
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
  continue reading
 
Loading …
show series
 
BERITA SEMASA 4 MEI 2024 Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari p…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 4 MEI 2024 Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan. Pesawat CESSNA 172 Skyhawk dengan pendaftaran 9M-ADA dinaiki dua individu itu berlepas dari LTSAS Ipoh ke Tanjung Karang, Selangor bagi tujuan latihan. Seorang saksi kejadian menyat…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 4 MEI 2024 Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan …
  continue reading
 
BERITA SEMASA 4 MEI 2024 Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jen…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 4 MEI 2024 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak 'menjauhkan' Khairul Azhari Saut dari pihak media sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis. Sebaliknya Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan, calon Perikatan Nasional (PN) itu perlu membe…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 4 MEI 2024 Strategi pihak lawan yang menggunakan isu peribadi untuk menyerang calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut, gagal kerana pengundi lebih bijak membezakan antara tanggungjawab dan perkara personal, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis. Ketua Penerangan Parti Pribum…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 3 MEI 2024 Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah pangsapuri, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin. Remaja yang tidak pernah bersekolah itu, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca di had…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 3 MEI 2024 Pasangan suami isteri akan memfailkan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi pertuduhan meninggalkan dua anaknya yang masih kecil dalam kenderaan tidak dimatikan enjin tanpa pengawasan, Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan. Perkara itu dimaklumkan peguam, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie yang…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 3 MEI 2024 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan kira-kira 20 anggota di sepanjang persimpangan Jalan Sultan Ismail bagi melicinkan lalu lintas. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, penempatan anggota trafik tersebut dibuat selepas perubahan jalan dua hala membabitkan laluan utama ibu kota itu. Artikel:…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 3 MEI 2024 Pas mendakwa kegagalan kerajaan bersikap jujur dan telus berhubung isu Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 membabitkan tahanan di rumah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh diterima malah zalim serta melampaui batas. Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, susulan itu kerajaan perlu bertan…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 3 MEI 2024 Pas sekali lagi menegaskan parti itu tidak memboikot calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man malah menjelaskan, semua pemimpin tertinggi telah dijadualkan untuk turut s…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 3 MEI 2024 Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isterinya, Betty Chew dan ahli perniagaan, Phang Li Koon untuk membatalkan tuduhan rasuah terhadap mereka. Permohonan itu membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta. Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakim…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 3 MEI 2024 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sedia disiasat berhubung dakwaan mengedarkan sampul duit raya yang tertera gambar beliau kepada pengundi di Kuala Kubu Baharu, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. Jelasnya, tindakan beliau itu dilakukan sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Keci…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 3 MEI 2024 Tiada pemimpin utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memboikot calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut sepanjang kempen berlangsung. Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, perkara itu sengaja dimainkan bagi memberi gambara…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 3 MEI 2024 Pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah mendapatkan penjelasan daripada Khairul Azhari Saut berkaitan isu hutang, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis. Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkembangan tersebut akan dimaklumkan sendiri kepada umum oleh calon Perikata…
  continue reading
 
Selepas isu skandal melibatkan artis lelaki sudah berumah tangga, industri hiburan tanah air digemparkan lagi dengan pendedahan kontroversi seorang wanita warga seberang tambak berkait hal serupa. Adakah industri seni kita tidak terlepas daripada isu serupa sejak dulu? Sampai bila kita perlu dihidangkan dengan cerita sebegini?…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 2 MEI 2024 Perikatan Nasional (PN) menafikan dakwaan menggunakan isu perkauman sebagai modal kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Aziz Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, gabungan itu hanya menyatakan perkara realiti yang dihadapi rakyat Malaysia ketika …
  continue reading
 
BERITA SEMASA 2 MEI 2024 Selepas kontroversi mengenai status akademiknya, calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Aziz. Walau bagaimanapun, pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor itu…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 2 MEI 2024 Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa kebebasan untuk bersuara ketika pimpinan Kerajaan Perpaduan kini sudah semakin pudar, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan Menurutnya, sekatan dilakukan kerajaan sangat luar biasa kerana kebanyakan hantaran di media sosial berkaitan keadaan atau mas…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 2 MEI 2024 Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig memerlukan tahap penyeliaan terbaik dan bukan sekadar mewujudkan badan induk tanpa memikirkan inisiatif yang mampu menjamin masa hadapan golongan pekerja gig, lapor wartawan Sinar Harian Nuratikah Athilya Hassan. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kerajaan perlu meny…
  continue reading
 
Anwar yakin kenaikan gaji penjawat awam diluluskan Parlimen BERITA SEMASA 2 MEI 2024 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Parlimen akan meluluskan kenaikan lebih 13 peratus gaji penjawat awam, yang akan dibentangkan dalam Belanjawan 2025 Oktober ini. Beliau berkata, semua pemimpin parti komponen dalam Kerajaan MADANI termasuk Timbalan Pe…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 2 MEI 2025 Lima individu daripada tiga keluarga dimasukkan ke hospital kerana mengalami gejala keracunan makanan dipercayai selepas memakan kuih ketayap yang dibeli di Pasar Bukit Payong, Marang, pada Ahad lalu, lapor wartawan Sinar Harian Norhaspida Yatim. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, Pejabat K…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 2 MEI 2024 Peguam pemerhati dalam kes mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan sindrom down dikenali Bella memberitahu bahawa, remaja itu masih berada dalam keadaan trauma walaupun hampir tiga tahun kejadian itu berlalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin. Peguam yang dilantik Pemangku Sultan Johor, Tunku Ism…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 2 MEI 2024 Perikatan Nasional (PN) terpaksa bermain dengan isu kaum dan agama termasuk berkaitan sekolah vernakular pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu kerana pemimpin parti itu sudah ketandusan idea, kata Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil. Justeru, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi meminta jentera PN bagi PRK KKB itu su…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 2 MEI 2024 Blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan membuat kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Bagaimanapun, Papagomo mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di had…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 2 MEI 2024 Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati kekal bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, dikenali Bella, tiga tahun lalu. Hakim, Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun selaku perayu…
  continue reading
 
Kenaikan gaji penjawat awam tak wajar diperdebatkan - Steven Sim BERITA SEMASA 2 MEI 2024 Kadar kenaikan gaji penjawat awam diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tidak wajar dijadikan sebagai topik perdebatan umum. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata kerajaan menghargai semua golongan pekerja daripada pelbagai sektor d…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 1 MEI 2024 Pasangan suami isteri bersama dua lagi wanita disambung reman empat hari sehingga Ahad ini susulan kematian seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dipercayai akibat didera, Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini. Perintah tahanan reman kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 42…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 1 MEI 2024 Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merakam keterangan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tidak melunturkan semangat Perikatan Nasional (PN) untuk merampas Kuala Kubu Baharu (KKB) pada pilihan raya kecil (PRK), minggu depan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis. Pengerusi PN Selangor, Datuk S…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 1 MEI 2024 Ketua pegawai eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat dipercayai menerima rasuah dan tuntutan palsu RM3.3 juta, direman tiga hari bermula hari ini, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini. Perintah tahanan reman itu dibenarkan oleh Majistret Nurmadiana Mamat. Artikel: https://www.sinarharia…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 1 MEI 2024 Rata-rata penumpang teruja menggunakan kemudahan di terminal baharu fasa 1 Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang mula beroperasi pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin. Tinjauan Sinar Harian mendapati, wajah baharu LTSIP itu membuatkan ramai teruja sehingga ada yang mengeluarkan telefon …
  continue reading
 
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon-calon dari Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas. Walaupun bergelar penyandang kerusi tersebut sejak beberapa pilihan raya lalu, DAP yang mewakili PH dan Kerajaan Perpaduan dilihat berdepan saingan sengit bag…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024 Pemuda Perikatan Nasional (PN) memberi tumpuan kepada lima kawasan di daerah ini sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis. Pengarah Jentera Pilihan Raya Pemuda PN, Muhammad Hilman Idham menjelaskan, kawasan tersebut melibatkan Batang Kali, Ampang Pechah, Jalan K…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024 Tindakan mencantumkan logo UMNO dan DAP disifatkan sebagai manifestasi akar umbi yang menolak kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan. Pengarah Jentera Pilihan Raya Pemuda Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Muhammad Hilman Idham menegaskan, keadaan itu merupakan perkara biasa dala…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024 Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) negeri merampas 116 ubat tidak berdaftar dan 49 kosmetik tidak bernotifikasi yang dijual secara dalam talian, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof. Pengarah JKNP, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, kesemua barangan itu dijumpai s…
  continue reading
 
Bomba cipta jentera mini atasi kes kebakaran hutan BERITA SEMASA 30 APRIL 2024 Masalah kebakaran hutan yang sering berlaku ketika ini mendorong Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut mencipta jentera mini menggunakan barangan terpakai bagi memudahkan proses pemadaman, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. Ketuanya, Muhammad Azrul I…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berharap Peguam Negara kekal dan tidak berganjak daripada keputusan untuk meneruskan pendakwaan terhadap KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH. Dr Muhamad Akmal dalam satu kenyataan berkata, ia bagi memelihara sensitiv…
  continue reading
 
Pegawai, anggota 'parasit' dalam PDRM timbulkan masalah BERITA SEMASA 30 APRIL 2024 Pegawai atau anggota 'parasit' dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyebabkan keseluruhan badan beruniform itu dipandang serong tanpa merujuk kepada satu individu sahaja yang melakukan kesalahan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin. Pesuruhjaya Polis Sab…
  continue reading
 
Tidak perlu kasih sayang, Ramasamy tempelak sindiran Fahmi BERITA SEMASA 30 APRIL 2024 Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy menempelak sindiran Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk sertai Perikatan Nasional (PN) kerana kekurangan kasih sayang. Beliau yang juga Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) berkata, buat …
  continue reading
 
Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit anak KPD maut tertembak BERITA SEMASA 30 APRIL 2024 Polis sedang menunggu laporan forensik membabitkan telefon bimbit anak Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu yang maut akibat tertembak di sebuah kediaman di Lahad Datu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Diku…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024 Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin tidak menyangka kehadiran Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Che'gu Bard berkata, kehadiran bekas Pengerusi Pa…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024 Seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas tuduhan menipu status Tanah Rizab Melayu seluas 649.2 hektar di Mukim Sitiawan, Manjung, 12 tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad. Tertuduh, Rosli Che Mohamed, 64, didakwa …
  continue reading
 
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024 Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini. Menurut Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan, fokus utamanya adalah untuk menawarkan politik matang dan khidmat bakti kepada…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 30 APRIL 2024 Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut menerusi aplikasi Whatsapp pada Selasa. Azman Md Yusof, 45, membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim, Noor Aini Yusof selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. Katanya, dia faham, tidak mengaku bersalah. …
  continue reading
 
BERITA SEMASA 29 APRIL 2024 Berjaya Corporation Berhad (Berjaya) membuat laporan polis berhubung penerbitan artikel yang mengaitkan pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka kasino di Forest City, Johor. Menerusi kenyataan, Berjaya memaklumkan laporan polis telah dibuat ol…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 29 APRIL 2024 Seramai 19 individu termasuk seorang remaja perempuan diberkas dalam serbuan di tiga rumah mewah dipercayai beroperasi sebagai 'calling centre' di sekitar bandar raya Johor Bahru, Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, hasil risikan Bahagian Siasatan Je…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 29 APRIL 2024 Peruntukan RM80 juta untuk menaik taraf Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) sebagai Pusat Jantung Negara Sabah akan disalurkan terus kepada Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin. Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMK…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 29 APRIL 2024 Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya. Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, calon berusia 31 tahun itu 'menayangkan' keputusan cemerlang diperolehnya dalam UPSR dan SPM. Berdasarkan sijil yan…
  continue reading
 
BERITA SEMASA 29 APRIL 2024 Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin akan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa, atas satu pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin. Ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, dia yang lebih dikenali sebagai …
  continue reading
 
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024 Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan, Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian Shahrizal Ahmad Zaini. Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar, dalam serbuan tersebut, seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 35 tahun tel…
  continue reading
 
Loading …

Quick Reference Guide