Kawah Buku public
[search 0]
Download the App!
show episodes
 
This is a series of podcasts brought by Kawah Buku, an independent bookstore based at Bandar Baru Bangi, Malaysia. Borrowing the symbol and meaning represented by teh tarik, we would like to invite the public to listen to our special program of Teh Tarik Podcast which will feature an informal style of discussion, interview and chit-chatting on various topics and current issues as well as selected book reviews with our invited guest.
  continue reading
 
Loading …
show series
 
Masyarakat luar dilihatnya sering memugar idea-idea guru bangsa mereka. Kalau di India, Romila Thapar terus dibincangkan. Di Iran, Ali Shariati juga sama, berterusan dibincangkan. Kenzaburō Ōe di Jepun berterusan diangkat. Dan Indonesia juga sama. Maka, Siri Syarahan Guru Bangsa membawa semangat yang sama. Ikuti temu bual Bersama Faisal Tehrani men…
  continue reading
 
Dalam Siri Israel-Palestin (Bahagian II), kita telah mengungkapkan bagaimana idea Zionism digerakkan melalui kerja-buat yang tersusun menerusi strategi dalaman dan strategi luaran yang melibatkan penggunaan jaringan Zionist dengan sumber kuasa Imperialis pada waktu itu iaitu British. Dari dukungan kuasa imperialis British yang diperolehi menerusi p…
  continue reading
 
Dalam Bahagian I, yang meracik "Permasalahan Nasionalisme Irredentis", suatu pendekatan teoritis dan konsepsual dikutip melalui analisis sosiologi-sejarah telah dibincangkan buat memahami kelahiran sebuah idea yang menjadi dasar, asas dan sumber kekuatan kepada penjajahan Israel ke atas tanah air Palestin. Idea tanpa gerakan tidak akan menjadi keny…
  continue reading
 
Israel-Palestin adalah sebuah tragedi kemanusiaan yang tak terselesai sehingga ke hari ini. Israel sebagai sebuah entiti politik menjadi "negara" pada tahun 1948 dalam suatu proses sejarah yang panjang, berliku dan penuh darah. Korban kepada kelahiran Israel adalah Palestin. Diberikan hanya sekadar status "negara pemerhati bukan anggota" oleh Bangs…
  continue reading
 
Gerakan Reformasi selalu terlihat sebagai sebuah gerakan yang beridentitikan kepada sosok Anwar Ibrahim. Namun ia sewajarnya tidak berhenti di situ sahaja. Gerakan Reformasi adalah sebuah titik penting perubahan dalam lanskap sosio-politik negara ini. Gerakan Reformasi bukan hanya sebuah gerakan politik namun telah menjadi pemangkin kepada pembentu…
  continue reading
 
Abdullah Munshi tidak ternafi adalah seorang sosok cendekiawan bangsa. Namun polemik seputarnya sentiasa ada. Terbaharu, Abdullah Munshi digelar sebagai khadam penjajah oleh seorang tokoh politik Malaysia. Persoalannya, apakah perspektif yang tepat untuk kita mengerti, siapakah Abdullah Munshi yang sebenarnya? Khadam penjajah atau guru bangsa? Dala…
  continue reading
 
Dalam episod ini, Azan Safar menemubual Syed Husin Ali, penyusun dan penulis buku baharu terbitan Pusat Sejarah Rakyat yang berjudul Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat. Menerusi buku ini, dihimpunkan 28 orang tokoh pejuang kemerdekaan Malaysia meliputi segenap dimensi masyarakat, yang kebanyakan mereka adalah di luar kerangka sosok pejuang yang arus perdan…
  continue reading
 
Ilmu Mandiri tidak tergagas untuk berhadapan satu-satunya eurosentrisme, tetapi juga melawan dan membebaskan segala bentuk orientasi kekuasaan yang memasung alam fikir masyarakat di negara jajahan. Selain teori, metodologi ilmu yang berteraskan kaedah ilmiah semata juga telah mengucilkan tradisi intelektual peribumi yang lebih luas. Pengiktirafan y…
  continue reading
 
Eurosentrisme yang menggarisbawahi sistem pendidikan bekas negara jajahan memberikan dampak manipulatif dalam proses penghasilan ilmu di rantau ini. Eurosentrisme bukan sahaja telah 'mengetepikan' dan 'mendiamkan' gagasan keilmuan peribumi malah ia juga mengasingkan ahli cerdik pandai peribumi daripada tradisi intelektual mereka sendiri. Maka Ilmu …
  continue reading
 
"Buku adalah wasilah," ujar Abang Rosli Ibrahim, dan dia mula membibit dalam sedu, kisah si ayahnya membawa pulang buku yang dikutip dari tong sampah untuk anaknya membaca. "Apa sahaja yang kau lalui, harus ada cinta kepada pengetahuan," ujarnya lagi, dan untuk Abang Rosli, ayahnya adalah intelektual sejati. Sosok ayahnya, saban seusai menarik beca…
  continue reading
 
#PRNJohor melabuhkan tirai, dengan Barisan Nasional kembali ke tampuk kuasa pemerintahan yang membawa bersamanya lebih 2/3 bilangan kerusi DUN. Dalam siri #MeracikIsu kali ini, Koi, Azizi, dan Azan bersama-sama membuat sorotan dan menganalisa fenomena politik negara, masa depan politik Melayu, keberantakan etnik dan undi, dan persoalan-persoalan se…
  continue reading
 
Temasya #MenganyamNusa melabuh tirai dengan wawancara khas bersama Tun Dr. Mahathir pada 16 Sept. Untuk menutup, Azan Safar dan Teo Lee Ken, masing-masing mewakili Kawah Buku dan Institut Nyala—pekumpulan di belakang temasya ini, duduk bersama dan menyorot kembali keseluruhan temasya bermula dari perbincangan bersama kumpulan Orang Asli, seterusnya…
  continue reading
 
Sebahagian masyarakat Malaysia membenci Mahathir. Bagi mereka, Mahathir adalah punca segala yang salah dan silap pada Malaysia hari ini. Sebahagian lagi menyanjungi Mahathir. Bagi mereka, segala kemajuan infrastruktur, pembangunan dan kemodenan Malaysia pada hari ini adalah hasil buah tangan Mahathir. Sosok enigma yang tidak mudah untuk dikategorik…
  continue reading
 
Apakah pernyataan sikap yang sepatutnya kita ambil untuk meneruskan perjuangan meletakkan nama negara di persada antarabangsa ini? Apakah kita hanyalah mahu mengucapkan "merdeka, merdeka, merdeka" beberapa banyak kali sambil mengibarkan bendera Malaysia? Sepertimana kita melakukannya beberapa kali pada tahun-tahun sebelum ini? Sekadar mengulang seb…
  continue reading
 
Kesedaran dan kepedulian masyarakat Malaysia dalam isu dan nasib OKU masih rendah. Kejadian terbaru di mana seorang atlet paralimpik Ukraine telah dikecam dengan dasyat oleh netizen Malaysia, termasuk hantaran-hantaran berupa penghinaan dan makian yang mempermainkan fizikal dan kecacatan atlet tersebut mencerminkan betapa runcingnya tahap pemikiran…
  continue reading
 
Muzik dan lagu tidak hanya berfungsi sebagai hiburan semata-mata. Bermula mungkin sebagai suatu persembahan buat entiti metafizik yang dianggap sebagai maha kuasa samada dalam bentuk tuhan, dewa, makhluk ghaib atau semangat yang dipercayai oleh sesuatu komuniti itu, kini menerusi proses pemodenan masyarakat, muzik dan lagu juga telah menjadi sumber…
  continue reading
 
Perlembagaan merupakan undang-undang asas dan sumber tertinggi perundangan bagi sesebuah negara moden. Perlembagaan menyediakan corak kerajaan dan perincian kepada pengagihan kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan had-had kerajaan ke atas yang ditadbir. Undang-undang asas ini yang ada dalam kebanyakan negara telah berkembang melalui proses sejara…
  continue reading
 
Catatan sejarah merekodkan Orang Asli mempunyai kedudukan penting dalam unit politi keRAJAan Melayu sebelum kolonial menjarah Tanah Melayu. Peranan penting yang dimainkan dalam membekalkan sumber alam kepada orang Melayu untuk didagang menjadikan orang darat dan orang laut menjalin kerjasama yang istimewa bersama pembesar keRAJAan pada ketika itu. …
  continue reading
 
Siri #MenjadiMalaysia memasuki bahagian terakhir bersama Dr. Alinor dalam membincangkan kerajaan Champa, dengan perbincangan dimulakan pada topik mengapa kajian mengenai Champa mengundang risiko dari sudut politik antarabangsa. Hal ini dijelaskan oleh Dr. Alinor, akan sejarah gerakan pemberontakan dan kemerdekaan Champa dari negara Vietnam. Perkara…
  continue reading
 
Perbincangan siri #MenjadiMalaysia bersambung lagi, masih bersama dengan tetamu istimewa — Dr. Alinor — untuk memperincikan perbincangan tentang Champa. Mad Koy memulakan perbincangan dengan mempertanyakan darihal perkembangan terkini kajian dan penyelidikan Champa. Dr, Alinor mencerakinkan kepada dua hal iaitu apa yang kita tahu, dan apa yang kita…
  continue reading
 
Menyambung perbincangan dari minggu lepas dan siri #MenjadiMalaysia, Dr. Alinor bermula dengan perbincangan mengenai asal usul nama Champa berdasarkan kajian-kajian yang pernah dibuat oleh para pengkaji Champa, antaranya kerajaan tersebut bermula dengan nama Champa-Desa, dan Champa-Pura—nama-nama yang diberikan sendiri oleh orang Cam. Dr. Alinor tu…
  continue reading
 
Dalam episod minggu ini dan beberapa episod kehadapan, #MenjadiMalaysia mengundang tetamu khas iaitu Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir untuk membicarakan wacana Champa secara lebih mendalam dan memberi ulasan kepada sumber kajian Champa yang bersifat primer. Digandingkan dengan Mad Koy, Dr. Alinor memberi keterangan dari segi latar belakang penglibat…
  continue reading
 
Seorang sarjana, intelektual awam dan pemikir politik yang berada dalam kelasnya tersendiri, Rustam A. Sani telah pergi meninggalkan kita pada hari ini, 13 tahun yang lalu. Pemergiannya pada usia yang boleh dikira muda, mengejutkan ramai orang terutamanya mereka yang rapat mengikuti wacana sains sosial di Malaysia. Dari buah fikirnya, terhasil renc…
  continue reading
 
During his formative years at the University of Malaya (Singapore), James believed that "if the University is to play its important role in the development of the country it must become the advocate and guardian of the concept of the Malayan Nation and work for the achievement of this idea". But before university his youthful adventures took him in…
  continue reading
 
Siri #MenjadiMalaysia dalam episod minggu ini merungkai persoalan hubungkait antara Champa dan kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu, terutamanya Melaka menerusi catatan dalam teks Sulalatus Salatin dan juga kerajaan di Kelantan yang menghantar bantuan ketenteraan kepada Champa sewaktu perang melawan Viet. Mad Koy mengajukan bahawa unsur agama memai…
  continue reading
 
Perbincangan dalam episod seterusnya siri #MenjadiMalaysia berkalih ke zaman-zaman akhir kerajaan purba Champa. Kosmologi dan pengaruh India turut mula terlerai sedikit demi sedikit dari kerajaan Champa, dan yang tersisa hanyalah pengamalan budayanya. Pada babad ini, telah berlakunya siri pemberontakan yang dianggap sebagai peristiwa penting untuk …
  continue reading
 
Sepanjang Champa melalui proses Indianisasi, telah tercatatnya beberapa titik penting yang pada pandangan Mad Koy, wajar diketengahkan dalam usaha menuruti sejarah kerajaan purba tersebut. Demikianlah, dalam episod siri #MenjadiMalaysia kali ini dibentangkan. Dalam kurun ke-10, berlakunya beberapa siri pertembungan antara kerajaan Champa dan keraja…
  continue reading
 
Champa melalui tiga era utama, iaitu era sebelum proses indianisasi, sewaktu indianisasi, dan selepas indianisasi. Berikut adalah rangkuman yang cuba disampaikan oleh Mad Koy menerusi episod ini dalam siri #MenjadiMalaysia. Sejarah Champa ditandai dengan siri peperangan dengan kerajaan dalam dinasti Viet dan kerajaan Khmer, dengan Champa berada di …
  continue reading
 
Siri #MenjadiMalaysia masih dalam perbincangan mengenai Champa, dengan pemfokusan diberi kepada bentuk-bentuk dan rupa kerajaan purba Champa dari segi sosial, ekonomi, dan politiknya. Mad Koy menghuraikan perihal bentuk geografi Champa yang berlatarkan Banjaran Annam (Annamite Range), yang berjajar dari Quảng Bình sehingga ke Phan Rang—dan keterkai…
  continue reading
 
Mad Koy menyambung perbincangan dalam siri #MenjadiMalaysia dengan menelusuri Champa dari urutan catatan Cina dan Viet, serta merungkai permasalahan-permasalahan pensejarahannya dari sumber sejarah tersebut. Antara masalah yang diajukan oleh Mad Koy dalam terkait dengan permasalahan ketepatan catatan Cina dan Viet terutamanya perihal nama pemerinta…
  continue reading
 
Masih dalam perbincangan mengenai Champa dalam siri #MenjadiMalaysia, Mad Koy menghuraikan Champa dari sumber binaan/monumen dan artefak arkeologi, dan juga prasasti. Dalam sumber binaan dan artefak arkeologi, ahli sejarah mempercayai bahawa telah berlakunya bertembungan antara kerajaan Champa, kerajaan Viet dan kerajaan Khmer, dan yang akhirnya me…
  continue reading
 
Dari Chenla yang dibincangkan secara ringkas, siri #MenjadiMalaysia bergerak ke Champa. Kerajaan purba ini menawarkan ruang wacana dan perbahasan yang lebih besar dan Mad Koy memilih pada episod kali ini untuk membentangkan rakaman tentang Champa yang terdapat dalam teks-teks klasik Melayu seperti Hikayat Aceh, Hikayat Banjar, Hikayat Hassanudin, S…
  continue reading
 
Selepas Funan, siri #MenjadiMalaysia bergerak ke perbincangan mengenai Chenla—sebuah kerajaan purba yang turut muncul dalam catatan China, dan diteorikan sebagai sebuah kerajaan penyambung kepada Funan. Malah menurut Mad Koy, ada juga penemuan baharu dari pengkaji iaitu Michael Vickery yang menunjukkan bahawa Funan dan Chenla sebenarnya wujud pada …
  continue reading
 
Persoalan asas yang cuba dirungkai menerusi perbincangan minggu ini dalam siri #MenjadiMalaysia adalah siapakah Funan dan bagaimana sejarawan menanggapinya. Menurut Mad Koy, dalam menjawab persoalan ini dan teori-teori kemenjadian Funan oleh para sejarawan, menimbangkan perbincangan dari sejarah idea juga menjadi hal yang mustahak kerana ianya mamp…
  continue reading
 
Ketiadaan teks asal Funan,menyebabkan perbincangan-perbincangan mengenai peradaban Funan menjadi sukar dan belum lengkap. Antara pelopor awal wacana ini adalah sarjana-sarjana dari Perancis, yang mula mengangkat Funan sementelah penemuan Angkor Wat. Dalam episod 15 siri #MenjadiMalaysia, Mad Koy menerokai jalur perbincangan yang wujud dalam wacana …
  continue reading
 
Dalam episod terakhir untuk perbahasan mengenai historiografi dalam siri #MenjadiMalaysia, Mad Koy melanjutkan perbincangan kepada perkembangan wacana historiografi termasuk cabang-cabang pengajian yang muncul dari sub-bidang ini. Episod ini turut menelusuri percanggahan manuskrip Sulalatus Salatin dari dua penyelenggara yang berbeza. --- Send in a…
  continue reading
 
Bersambung dari Episod 11 siri #MenjadiMalaysia​, Mad Koy menghuraikan dengan lebih lanjut darihal 'kebenaran', yang mana menjadi salah satu objektif utama dalam kajian pensejarahan (historiografi). Wacana 'kebenaran' telah memunculkan kelompok dan cabang falsafahnya yang tersendiri iaitu empiricism, suatu cabang falsafah yang condong kepada keperc…
  continue reading
 
Membuka lembaran 2021 #MenjadiMalaysia, Mad Koy mengajak pendengar kepada suatu pengenalan untuk historiografi (historiography) atau pensejarahan—suatu sub-bidang dalam disiplin sejarah yang menumpukan kajian sejarah kepada sejarah. Dalam takrifan yang lebih khusus historiografi ialah suatu disiplin ilmu yang menumpukan penyelidikan (analisis dan j…
  continue reading
 
Selamat Tahun Baru 2021 buat semua pendengar setia siri #MenjadiMalaysia. Episod kali ini, dibawa khas sebagai sebuah penghargaan buat para pendengar—dari Mad Koy dan Azan Safar, mereka membacakan komentar-komentar dan kritikan yang diperoleh dari pendengar bermula dari EP1 sehingga episod terakhir yang menutup tirai 2020 pada minggu lepas. Terima …
  continue reading
 
A. Rahim Kajai — suatu nama yang sudah menjadi sebuah institusi dalam dunia kewartawanan Malaysia, dilawati semula juzuk kehidupan dan pemikirannya oleh dua orang tokoh besar dalam barisan kewartawanan Utusan Malaysia, iaitu Johan Jaaffar dan Ku Seman. A. Rahim Kajai pergi ketika usia yang sebegitu muda. Namun begitu, namanya abadi, fikiran dan ide…
  continue reading
 
Melanjutkan pemerian mengenai faktor material, iaitu perdagangan dalam pembentukan keRAJAan-keRAJAan sebelum Melaka, Mad Koy mengajukan prinsip asas ekonomi iaitu permintaan dan penawaran yang wujud melahirkan perdagangan antara komuniti manusia di wilayah-wilayah penempatan yang berbeza. Mad Koy turut menghuraikan faktor lanskap geografi, cuaca, i…
  continue reading
 
46 tahun berlalu, sebuah peristiwa yang begitu signifikan dalam lipatan sejarah negara. Kali ini kita membabadkan semula kisah sebuah kebangkitan gerakan mahasiswa, melawat kembali renta-renta sejarah, menyisir puing-puing yang bersisa, bersama Hishamuddin Rais—salah seorang sosok yang hidup dan berada pada kemuncak peristiwa tersebut. Ini rakaman …
  continue reading
 
Apakah faktor tempatan yang menyebabkan tertubuhnya kerajaan-kerajaan Melayu sebelum Melaka—atau KeRAJAan, merupakan persoalan yang cuba dirungkai menerusi perbincangan dalam Episod 8. Seperti kebiasaan, berkesinambungan dari Episod 7, Mad Koy memulakan penghuraian konsep "mandala" yang membawa maksud bulatan—sebuah konsep yang meletakkan Raja seba…
  continue reading
 
Bersambung dari perbincangan dalam Episod 6, Mad Koy menghuraikan 'Raja' dalam bentuk sebuah konsep, yang bukan sekadar suatu sosok individu atau orang, tetapi merupakan sebuah idea yang terbina dari pertembungan dengan peradaban luar terutamanya idea-idea dari wilayah yang sekarang dikenali sebagai India. Pertembungan dan kemasukan idea luar ini b…
  continue reading
 
Bagaimana seorang raja menjadi RAJA, itu adalah persoalan yang cuba dirungkai menerusi perbincangan Mad Koy dan Azan sepanjang episod ini. Mad Koy mengutarakan beberapa andaian berdasarkan teori kepimpinan yang diajukan oleh Max Weber dan juga, pertembungan idea pembentukan sistem berkerajaan tempatan dengan idea-idea luar seperti peradaban India. …
  continue reading
 
Bersama Hazman Baharom, penterjemah karya Tamir Moustafa yang berjudul 'Constituting Religion: Islam, Liberal Rights, and the Malaysian State' ke dalam Bahasa Melayu, dengan judul alih bahasanya 'Mengkanunkan Agama: Islam, Hak-Hak Liberal, dan Kenegaraan Malaysia', menghuraikan isi perbincangan karya tersebut, serta selitan pengalaman beliau sepanj…
  continue reading
 
Bersambung dari Episod 4 yang masih belum selesai perbincangannya, Mad Koy mengulas perihal tradisi dokumentasi yang berbentuk lisan (penceritaan mulut), berbanding tradisi dokumentasi berbentuk tulisan/teks dalam masyarakat sebelum Melaka. Kekurangan tradisi pendokumentasian dalam bentuk tulisan di zaman sebelum Melaka ditambah pula dengan hampir …
  continue reading
 
Dalam episod kali ini, Azan mengajukan persoalan kepada Mad Koy perihal permasalahan dalam pensejarahan Asia Tenggara, khususnya Malaysia. Kekurangan data dan rekod bertulis menjadi faktor utama kepada kesukaran untuk mendapatkan gambaran yang paling tepat mengenai sesuatu era sebelum Melaka. Mad Koy turut menyebut perihal Malaysia yang tidak mempu…
  continue reading
 
Ikuti perbincangan ulasan buku Riwayat Ungku Aziz karya Asmah Haji Omar, bersama Azan dan Firdaus. Riwayat Ungku Aziz adalah memoir sosok Profesor Diraja nukilan Asmah Haji Omar, berdasarkan temu bual dan pengalaman berkhidmat di Universiti Malaya sewaktu Ungku Aziz menjadi Naib Cancelor. Profesor Diraja Ungku Aziz merupakan seorang tokoh akademik …
  continue reading
 
Loading …

Quick Reference Guide