Sinarharian public
[search 0]
More
Download the App!
show episodes
 
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
  continue reading
 
Loading …
show series
 
Aerotrain dijangka beroperasi di KLIA menjelang 31 Januari 2025 Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula menjelang 31 Januari 2025. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/683476/berita/nasional/aerotrain-…
  continue reading
 
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas Sabah memberi bayangan akan kembali bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang selepas tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/683266/berita/politik/pas-beri-ba…
  continue reading
 
MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 48 jam - Annuar Musa Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.…
  continue reading
 
Kakitangan stesen minyak Petron Senai Jaya, mengakui kerap menyelenggara tandas di premis itu dalam usaha mengekalkan kebersihannya membolehkan stesen minyak tersebut memenangi Anugerah TOTYA 2023, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini. Anugerah tandas awam terbaik dimenangi premis itu bagi kategori stesen minyak anjuran Kementerian Pe…
  continue reading
 
Dalam era globalisasi, masyarakat Bumiputera di Malaysia menghadapi pelbagai cabaran sosioekonomi yang memerlukan perhatian dan pendekatan strategik. Globalisasi telah membawa banyak perubahan yang mempengaruhi ekonomi, sosial serta budaya di seluruh dunia dan Bumiputera tidak terkecuali daripada perubahan ini. Apakah dengan pendekatan yang strateg…
  continue reading
 
Banci pertanian 2024 memberi gambaran jelas landskap pertanian negara bagi merancang, menyusun dan menguruskan strategi pertanian dengan lebih baik. Data yang dikumpulkan akan memberi manfaat kepada golongan petani secara langsung dengan meningkatkan sokongan dan perkhidmatan yang disediakan untuk mereka.…
  continue reading
 
JBPM fokus alih halangan sepanjang kira-kira 15 meter halang aliran pembentungan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad menerangkan berkaitan fokus terkini pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengalihkan halangan sepanjang kira-kira 15 meter yang dikesan menghalang aliran dalam paip pem…
  continue reading
 
Al-Quran lahirkan generasi beramal, cemerlang Rakyat di negara ini perlu menjadikan al-Quran sebagai pembimbing dan panduan hidup dalam usaha membentuk generasi yang beramal, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru, Kamarudzaman Abd Mubin berkata, umat Nabi Muhammad SAW perlu sentiasa berda…
  continue reading
 
Lelaki Rohingya didakwa bunuh isteri, dua anak Seorang lelaki etnik Rohingya dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret Alor Setar pada Khamis atas dakwaan membunuh isteri dan dua anaknya serta kesalahan dadah pada minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor. Pertuduhan dibacakan terhadap Abdu Gapur Doli Ahmad, 43, di hadapan…
  continue reading
 
Laporan RCI berkaitan Batu puteh akan dibentang di Parlimen - Azalina Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan akan dibentangkan di Parlimen. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina O…
  continue reading
 
PH Kluang sudah mula bergerak di DUN Mahkota Pakatan Harapan (PH) Kluang sudah menggerakkan akar umbi parti itu bagi berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, arahan telah diterima daripada pucuk pimpinan PH untuk memulakan gerak …
  continue reading
 
Masjid Ibnu Salam jadi saksi alunan Surah Al-Jumu’ah Masjid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh di Ipoh menjadi saksi bacaan Surah Al-Jumu'ah oleh lebih 700 peserta sempena Program Malaysia #QuranHour Peringkat Negeri Perak pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad. Jumlah kehadiran tersebut disifatkan luar biasa kerana sasaran awal hanya 500…
  continue reading
 
Sayembara deklamasi puisi artistik usaha julang martabat pemuisi Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi) bakal mengadakan Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) peringkat akhir di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada 14 dan 15 September depan. Presiden Pemuisi, Datuk Dr Radzuan Ibrahim @Wanrazuhar berkata, ia merupakan penganj…
  continue reading
 
Seorang bekas ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersama isterinya masing-masing didenda RM10,000 dan RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai dan mengemukakan tuntutan palsu berhubung agihan zakat, lapor wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar. Artikel: https://…
  continue reading
 
Bayar balik pelanggan jika penerbangan lewat lebih lima jam Syarikat penerbangan kini dikehendaki menawarkan pengguna pilihan bayaran balik sepenuhnya dalam cara pembayaran asal sekiranya mengalami kelewatan penerbangan lima jam dan lebih, berkuat kuasa Isnin depan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. Menteri Pengangkuta…
  continue reading
 
Masalah komponen mekanikal, kekurangan pekerja mahir belenggu MAB Masalah komponen mekanikal merupakan antara isu signifikan yang menyumbang kepada beberapa insiden teknikal membabitkan pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) seperti dilaporkan sejak akhir- akhir ini, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. Menteri Pengangkut…
  continue reading
 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus menjalankan pemantauan melibatkan satu lagi kejadian tanah mendap dekat Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminuralif Mohd Zoki dan Hisyamuddin Ayub. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/682695/berita/semasa/dbkl-tutup-lokasi-lubang-baharu-guna-…
  continue reading
 
Pengadu mengaku hantar gambar kepada Ebit Lew Pengadu dalam kes Ebit Lew membuat pengakuan di mahkamah Tenom bahawa dalam gambar tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 3.51 pagi 18 Mei 2021 adalah foto wajahnya yang dihantar kepada pendakwah tersebut, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin. Artikel: https://www.sinarharian.…
  continue reading
 
Bendera gergasi jalur gemilang yang berkibar megah di SK Taman Pelangi Indah, diharap menjadi inspirasi kepada warga sekolah terutamanya murid-murid untuk terus menghormati bendera berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini. Untuk rekod, bendera gergasi itu yang berukuran 10 hingga 20 meter itu terhasil daripada 332 meter meter k…
  continue reading
 
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pihak tidak mengambil sikap ‘berat sebelah’ dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat. Beliau berkata, ini kerana realitinya ialah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mendakwa sesiapa sahaj…
  continue reading
 
Muhyiddin perlu letak jawatan dalam PN, Bersatu - Puad Zarkashi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya tidak perlu menggunakan alasan bahawa dia belum …
  continue reading
 
Seorang bapa tiri dan isterinya didakwa di Mahkamah Majistret Selayang pada Selasa, atas satu pertuduhan membunuh anak sulung wanita itu, dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/682519/berita/semasa/ibu-bapa-tiri-dituduh-bunuh-anak-lapan-tahun Muzik: Elevate dari www.bensound…
  continue reading
 
Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Selasa atas pertuduhan membunuh kanak-kanak perempuan Orang Asli, dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/682505/berita/semasa/remaja-lelaki-didakwa-bunuh-nuraina-humaira Muzik: Elevate dari www.be…
  continue reading
 
Kerusi Mahkota tidak jadi rebutan antara Pemuda, Wanita UMNO - Ahmad Zahid Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan berlaku pergelutan antara sayap wanita dan pemuda parti itu berhubung calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Timbalan…
  continue reading
 
Gua kosong bawah KL: UM nafi artikel, tiada ahli geologi nama Dr Sarah Jamal Universiti Malaya (UM) menafikan artikel kononnya ditulis oleh pakar geologi universiti terbabit yang mendakwa terdapat gua kosong yang besar di bawah Kuala Lumpur. Ketua Jabatan Geologi, Fakulti Sains UM, Prof Madya Dr Meor Hakif Amir Hassan berkata, artikel itu kononnya …
  continue reading
 
Pihak pendakwaan akan memanggil isteri Ebit Lew sebagai antara saksi yang akan dikemukakan dalam perbicaran melibatkan pendakwah terkenal tersebut, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/682372/berita/mahkamah/isteri-ebit-lew-dipanggil-sebagai-saksi-pendakwaan Muzik: Elevate dari www.bensound.com…
  continue reading
 
Kedah tuntut lagi Pulau Pinang bayar caj air mentah Kedah sekali lagi menuntut agar kerajaan Pulau Pinang membayar caj sumber air mentah yang diambil dari Sungai Muda. Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria berkata, sehingga kini negeri jiran itu masih belum membayar walau satu sen pun k…
  continue reading
 
Muhyiddin akan didakwa di bawah akta hasutan esok Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang pada Selasa, berhubung ucapan yang dikatakan menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, baru-baru i…
  continue reading
 
Penyokong JDT tidak menyangka menang besar Rata-rata penyokong skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), tidak menyangka skuad Harimau Selatan itu akan menang besar menewaskan Selangor FC pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Shahrizal Zaini. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/68…
  continue reading
 
Zahid sebak, deklamasi puisi buat Najib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kelihatan sebak ketika mendeklamasikan ‘Puisi Buat Sahabat’ kepada Datuk Seri Najib Razak ketika sesi penggulungan presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Sabtu. Muzik: Elevate dari www.bensound.com …
  continue reading
 
Kos bina jambatan baharu Sungai Slim lebih RM12 juta - Exco Peruntukan bagi pembinaan jambatan kekal bagi menggantikan Jambatan Lama Sungai Slim yang runtuh akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Perak akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/682103/edisi/pera…
  continue reading
 
UMNO cari pendekatan tangani isu jenayah, masalah sosial - Zahid Dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2024 hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO akan mencari pendekatan bagi menangani masalah jenayah dan kebejatan sosial yang semakin membimbangkan. Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #B…
  continue reading
 
'Pengampunan Najib bukan sandiwara'- Wan Rosdy Naib Pengerusi UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tindakan UMNO yang memohon untuk mempertimbangkan semula pengampunan penuh ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sandiwara semata-mata. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/682096/berita/politik/pengampunan-na…
  continue reading
 
'Dah naik pelamin, jangan tak turun-turun' Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan Ahli Parlimen dan ADUN parti itu supaya sentiasa turun ke bawah bagi menghargai rakyat serta akar umbi yang memberi sokongan sehingga menang di sesuatu kawasan. Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2024 #UMNO #Tokm…
  continue reading
 
Gema Al-Jumu'ah di pantai Marina Island Buat julung kalinya, alunan bacaan surah Al-Jumu'ah bergema di pantai Marina Island di sini bersempena Malaysia #QuranHour anjuran Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/681981/khas/quranhour/gema-al-jumuah-d…
  continue reading
 
Nurulhidayah sebak kenang nasib Najib di penjara Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sebak mengenangkan nasib Datuk Seri Najib Razak yang kini berada di sebalik tirai besi. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/682035/berita/politik/umno-bukan-parti-abah-saya---nurulhidayah #SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2024 #UMNO #NajibRaza…
  continue reading
 
Seorang suri rumah di Kampung Kemasin, Bachok menjadikan tiram sebagai sumber menambah pendapatan keluarga kerana makanan laut itu kini semakin digemari masyarakat, lapor wartawan Sinar Harian, Aswany Omar. Siti Fatimah Amir Zada, 26, mencari tiram sejak kecil namun kini tiram atau nama saintifiknya, ostreidae semakin popular dan ramai pemilik keda…
  continue reading
 
‘Kita tak mahu perpecahan orang Melayu bertambah parah’- Tok Mat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata penggunaan perkataan ‘dajal’ terhadap lawan politik hanya akan membawa kepada perpecahan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. Ia susulan, kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menggelar lawan politiknya dengan…
  continue reading
 
'Arus deras kepala air seperti tsunami' - Mangsa Mangsa kepala air di Taman Eko Risda di Kampung Ulu Slim dekat Slim River berkongsi detik mendebarkan selepas 12 jam terperangkap pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/682037/berita/semasa/arus-deras-kepala-air-seperti-tsunami---m…
  continue reading
 
Harimau kumbang baham anjing masuk perangkap Seekor harimau kumbang yang sebelum ini dipercayai membaham dua ekor anjing di sebuah kebun di Kampung Chengkau Ulu, Rembau, Negeri Sembilan masuk perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan. Artikel: https://www.si…
  continue reading
 
Mangsa terperangkap kepala air diselamatkan Kesemua 21 mangsa yang terperangkap susulan kejadian kepala air di Eko Park Risda dekat Ulu Slim berjaya diselamatkan pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof. Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Khairil Adli Zakaria, jumlah itu melibatkan 18 pengunjun…
  continue reading
 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman berkata, operasi pencarian mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, memfokuskan enam lurang kumbahan (manhole), pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli. Jelasnya, enam lurang kumbahan itu di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, per…
  continue reading
 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, berdasarkan maklumat pihak bomba, kejadian tanah mendap pernah dilaporkan berlaku berhampiran lokasi di mana seorang wanita warga asing terjatuh dalam lubang tanah jerlus di Jalan Masjid India pada tahun lalu, namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa. Artikel: https://www.sinarharian.c…
  continue reading
 
Pesawah memohon kerajaan mempertimbangkan menaikkan harga lantai belian padi daripada RM1,300 per tan kepada RM1,800 bagi membantu golongan tersebut mengimbangi peningkatan kos tanaman padi, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor. Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, kenaikan kos bagi me…
  continue reading
 
Sebuah pusat tahfiz di Kampung Dura, Hulu Terengganu mengambil pendekatan mengusahakan tanaman anggur dan strawberi sebagai inisiatif bagi menjana pendapatan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. Tanaman yang dimulakan sejak September tahun lalu itu telah mula mengeluarkan hasil dan akan melalui proses tuaian pertama awal September depan.…
  continue reading
 
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perjuangan UMNO untuk membela nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah terhenti, meskipun berdepan cabaran tertentu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/681825/berita/politik/umno-tidak-pernah-berhenti-bela-nasib-najib---ahmad-zahid Muzik: Elevate dari …
  continue reading
 
UMNO memberi amaran bahawa parti itu tidak akan teragak-agak untuk menghentikan sebarang bentuk kerjasama politik sekiranya ada pihak cuba mewujudkan sebarang elemen yang menggugat martabat Islam dan agend orang Melayu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa perkongsian kuasa merupakan tunj…
  continue reading
 
Loading …

Quick Reference Guide