Player FM - Internet Radio Done Right
Checked 7h ago
Added seven years ago
Content provided by sinarharian. All podcast content including episodes, graphics, and podcast descriptions are uploaded and provided directly by sinarharian or their podcast platform partner. If you believe someone is using your copyrighted work without your permission, you can follow the process outlined here https://player.fm/legal.
Player FM - Podcast App
Go offline with the Player FM app!
Go offline with the Player FM app!
Podcasts Worth a Listen
SPONSORED
L
Lost Cultures: Living Legacies


On the Season 2 debut of Lost Cultures: Living Legacies , we travel to Bermuda, an Atlantic island whose history spans centuries and continents. Once uninhabited, Bermuda became a vital stop in transatlantic trade, a maritime stronghold, and a cultural crossroads shaped by African, European, Caribbean, and Native American influences. Guests Dr. Kristy Warren and Dr. Edward Harris trace its transformation from an uninhabited island to a strategic outpost shaped by shipwrecks, colonization, the transatlantic slave trade, and the rise and fall of empires. Plus, former Director of Tourism Gary Phillips shares the story of the Gombey tradition, a vibrant performance art rooted in resistance, migration, and cultural fusion. Together, they reveal how Bermuda’s layered past continues to shape its people, culture, and identity today. You can also find us online at travelandleisure.com/lostcultures Learn more about your ad choices. Visit podcastchoices.com/adchoices…
Sinar Harian
Mark all (un)played …
Manage series 2449712
Content provided by sinarharian. All podcast content including episodes, graphics, and podcast descriptions are uploaded and provided directly by sinarharian or their podcast platform partner. If you believe someone is using your copyrighted work without your permission, you can follow the process outlined here https://player.fm/legal.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
…
continue reading
103 episodes
Mark all (un)played …
Manage series 2449712
Content provided by sinarharian. All podcast content including episodes, graphics, and podcast descriptions are uploaded and provided directly by sinarharian or their podcast platform partner. If you believe someone is using your copyrighted work without your permission, you can follow the process outlined here https://player.fm/legal.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik. Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
…
continue reading
103 episodes
Усі епізоди
×
1 Penduduk Kampung Raja Uda bantah pembinaan memorial bersebelahan masjid 2:07
2:07
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked2:07
Penduduk Kampung Raja Uda membantah sepenuhnya cadangan pembinaan bangunan memorial empat tingkat di atas tanah kira-kira sekitar satu ekar di Persiaran Raja Muda Musa, di Pelabuhan Klang, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Aisyah Mohamad. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Azhar Ibrahim berkata, bantahan terhadap projek yang terletak bersebelahan Masjid Kampung Raja Uda itu dibuat berikutan hampir 90 peratus penduduk di kampung tersebut merupakan masyarakat Melayu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732545/edisi/selangor-kl/penduduk-kampung-raja-uda-bantah-pembinaan-memorial-bersebelahan-masjid Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #Bantahan #kampungrajauda #memorial #Selangor…

1 'Aku pergi dulu' – Rakan kongsi detik terakhir 1:15
1:15
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:15
'Salah seorang mangsa, Arif sempat bersalam dengan saya dan berkata ‘aku pergi dulu’. Saya hanya sempat membalas, bawa motosikal elok-elok selepas kelas tamat jam 12.30 tengah hari. Tidak lama kemudian, saya dapat berita mereka sudah tiada," lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor. Demikian luahan Nik Muhammad Danis Darwish Abdul Qayyum, 19, rakan sekelas kepada tiga pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra yang maut dalam kemalangan di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dari Alor Setar, petang Khamis. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732412/berita/semasa/aku-pergi-dulu-ndash-rakan-kongsi-detik-terakhir-tiga-pelajar-ikbn-maut Muzik: Audiosign dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #AlorSetar #KemalanganMaut #PelajarIKBN…

1 Peniaga boleh terus guna gas LPG subsidi sehingga pindaan PPKB dimuktamadkan - Armizan 3:49
3:49
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked3:49
Peniaga mikro dan kecil dalam sektor makanan serta minuman dibenarkan terus menggunakan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi tanpa perlu memiliki permit khas sehingga pindaan baharu Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 2021 dimuktamadkan Oktober ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, dalam tempoh peralihan itu, tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap golongan peniaga berkenaan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732396/berita/nasional/peniaga-boleh-terus-guna-gas-lpg-subsidi-sehingga-pindaan-ppkb-dimuktamadkan---armizan Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #Putrajaya #TongGasLPG #Armizan…
“Hanya mampu tengok geran, tanah kami di dalam laut.” Itulah luahan pilu Azammanan Ahmad, 53, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak Kota Bharu yang terpaksa menelan kepahitan selepas melihat sendiri tanah milik keluarganya serta penduduk lain lenyap ditelan hakisan sejak lebih tiga dekad lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin. Menurutnya, hakisan pantai berlaku secara ketara dipercayai sejak projek di kawasan muara di Kemasin, Bachok siap diikuti pembinaan benteng pemecah ombak. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732272/'Tanah-kami-dalam-laut Muzik: Sad Day dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #KotaBharu #TanahDalamLaut #Hakisan…
Sedikit demi sedikit tanah pusaka penduduk Kampung Padang Rumbia Pekan hilang dan berada dalam Sungai Pahang sejak lebih 50 tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof. Bermula dengan banjir besar 1971, hakisan tebing semakin serius hingga menyebabkan belasan hektar tanah warisan ‘ditelan’ arus deras dan kini mengancam rumah, jalan raya dan kehidupan mereka. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732291/berita/laporan-khas/tanah-pusaka-dalam-sungai Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #PekanPahang #TanahPusaka #Hakisan…

1 Sekretariat Orang Melayu dibentuk, satukan gerakan bawah payung besar 1:23
1:23
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:23
Satu gerakan yang dinamakan Sekretariat Orang Melayu dibentuk bagi menyatukan semua pihak yang memperjuangkan nasib orang Melayu di bawah satu payung besar, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, inisiatif tersebut merupakan satu langkah untuk mengembalikan kuasa politik dan cabaran yang dihadapi orang Melayu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732225/berita/politik/sekretariat-orang-melayu-dibentuk-satukan-gerakan-bawah-payung-besar Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #Putrajaya #TunM #SekretariatOrangMelayu #KarnivalSiangMalam…
Hakisan tebing Sungai Perak yang berlaku di Kampung Dusun Hulu, Kampung Dusun Hilir dan Kampung Selat, Parit semakin membimbangkan penduduk, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad. Seorang penduduk, Mohd Said Zar, 62, berkata, keadaan itu menyebabkan dia kehilangan sumber pendapatan apabila sebahagian struktur kedai makan yang diusahakan runtuh. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732292/Saya-hanya-dengar-dentuman-kedai-runtuh Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #Perak #TebingSungaiPerak #Hakisan…
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa dalam sistem perundangan negara, tiada sesiapa pun yang mempunyai kekebalan mutlak atau imuniti, termasuk raja-raja, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732220/berita/semasa/tiada-siapa-ada-imuniti-termasuk-raja-raja-kata-tun-m --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #TunM #Imuniti…

1 Kedai berusia 70 tahun ditutup, lelong beribu utas jam kerana tiada pewaris 2:39
2:39
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked2:39
"Kami ada tiga anak, namun mereka tidak mahu mewarisi perniagaan ini. Terpaksalah lelong beribu utas jam tangan kerana kedai berusia 70 tahun ini akan ditutup sepenuhnya hujung bulan nanti." Demikian luahan Tan Siew Wan, 75, isteri kepada Mah Weng Kiong, 83, yang mengusahakan kedai jam tangan Swee Hing Kota Bharu sejak 1955, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin. Menurutnya, dia dan suami mengakui sukar untuk membuat keputusan itu kerana ia sudah menjadi rutin harian selain menyumbang kepada pendapatan utama. Muzik: Dreams dari www.Bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #kedaijam #usahawan #KarnivalSiangMalam…

1 Bekas tukang urut bola sepak kini usahawan kuih bakar tradisional 1:54
1:54
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:54
Keputusan nekad seorang bekas juruterapi urut pasukan bola sepak kebangsaan menceburi bidang perniagaan kuih bakar membuahkan hasil apabila perniagaan diusahakannya bersama isteri kini mendapat sambutan menggalakkan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Setiap hari, kira-kira 100 kuih bakar air tangan Mohd Zaidi Abdul Latib, 58 dan isteri Nur Aisha Lexty, 52 yang dibuat di kedainya di Kampung Simen di sini telah terjual. Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1 Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #kuihbakar #usahawan #KarnivalSiangMalam…
Tindakan sekumpulan warga asing bertempiaran lari hingga ada yang berkaki ayam ternyata gagal menghalang mereka dicekup pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor dalam serbuan di sebuah pusat hiburan terkemuka di Stulang Laut, lewat malam Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini. Bagaimanapun, ‘drama’ itu berakhir apabila seramai 236 berjaya diberkas dalam serbuan besar-besaran oleh JIM Negeri Johor menerusi Ops Kutip yang digerakkan hasil risikan selama tiga minggu. Artikel: Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #Johorbahru #JIM #WargaAsing #KarnivalSiangMalam…

1 Kes saman Yusoff Rawther: Anwar gagal rujuk persoalan undang-undang antaranya isu imuniti 3:01
3:01
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked3:01
Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu, untuk merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan antaranya, sama ada Perdana Menteri itu mempunyai imuniti daripada sebarang saman sivil, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin. Hakim, Roz Mawar Rozain memutuskan demikian selepas mendapati permohonan berkenaan tidak memenuhi peruntukan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA). Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732170/berita/semasa/kes-saman-yusoff-rawther-anwar-gagal-rujuk-persoalan-undang-undang-antaranya-isu-imuniti Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #kessamanyusoffRawther #anwaribrahim #KarnivalSiangMalam…

1 Kerajaan bantu 8 sekeluarga tinggal di pondok miliki kediaman lebih selesa 2:34
2:34
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked2:34
Kerajaan bantu 8 sekeluarga tinggal di pondok miliki kediaman lebih selesa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan membantu lapan sekeluarga yang tinggal di pondok usang di Kampung Paya Besar, Hulu Terengganu memiliki kediaman lebih selesa, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. Pengarah KKDW Terengganu, Md Razi Md Lazim berkata, beberapa perkara sedang diteliti dan pihaknya sedang berusaha menyelesaikan masalah itu secepat mungkin. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732145/edisi/terengganu/kerajaan-bantu-8-sekeluarga-tinggal-di-pondok-miliki-kediaman-lebih-selesa Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #KKDW #bantugologanmiskin #KarnivalSiangMalam…

1 'Keluarga reda, Jahidah kini ibarat mayat hidup' 2:16
2:16
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked2:16
'Keluarga reda, Jahidah kini ibarat mayat hidup' Melihat keadaan kakaknya yang sudah empat tahun terbaring kaku, Fauziah Nordin, 44, reda bahawa begitulah keadaan kakak sulungnya itu sampai bila-bila, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Akibat menjadi mangsa keganasan bekas suami, Jahidah Nordin, 47, kini ibarat mayat hidup dan paling menyedihkan, dia tidak pernah berpeluang menyentuh serta mendukung anaknya, Eshan Nufail, yang kini berusia tiga tahun lima bulan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732137/edisi/melaka-ns/keluarga-reda-jahidah-kini-ibarat-mayat-hidup Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #JahidahNordin #dipukulsuami #KarnivalSiangMalam…
1.8 juta jemaah haji mula bergerak ke Arafah Lebih 1.8 juta jemaah haji dari seluruh dunia akan memulakan pergerakan ke Padang Arafah pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, pergerakan jemaah haji Malaysia bermula pada jam 6.30 pagi mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Al Masiah (Masyarik) dan Tabung Haji (TH). Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732160/berita/nasional/18-juta-jemaah-haji-mula-bergerak-ke-arafah Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #haji2025 #KarnivalSiangMalam…
S
Sinar Harian

1 'Sudah sebulan makcik dapat rasakan Ecah akan mati' - Ibu mangsa kelar 2:24
2:24
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked2:24
'Sudah sebulan makcik dapat rasakan Ecah akan mati' - Ibu mangsa kelar “Dalam masa sebulan, makcik (ada) rasa anak aku akan mati.” Demikian luahan Fatimah Seman, 63, ibu kepada 'Ecah' atau Iecah Junus, 34, yang maut selepas dikelar suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir, Tangkak, Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan. Menurut ibu kepada empat beradik itu, suspek sudah lama tidak membenarkan arwah yang bekerja sebagai kerani kilang bertemu dengan ibu bapa serta ahli keluarga lain. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732148/berita/semasa/sudah-sebulan-makcik-dapat-rasakan-anak-akan-mati---ibu-mangsa-kelar Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #keskelar #suamikelaristeri #KarnivalSiangMalam…
S
Sinar Harian

1 Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah 2:34
2:34
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked2:34
Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah Dua lagi jemaah haji dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan jumlah keseluruhan tujuh orang setakat ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah berkenaan dikenali sebagai Siti Hawa Ibrahim, 64, dari Terengganu dan Abdul Halim Awang, 76, dari Alor Setar, Kedah. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732144/berita/nasional/dua-lagi-jemaah-haji-malaysia-meninggal-dunia-di-makkah Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #haji2025 #KarnivalSiangMalam…
S
Sinar Harian

1 Dr Rushdi tidak hadir sebutan kes, wakil JKP dilantik 1:15
1:15
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:15
Dr Rushdi tidak hadir sebutan kes, wakil JKP dilantik Suami kepada Datuk Nora Ariffin, Dr Rushdi Ramli tidak hadir pada sebutan kedua kes penceraian melibatkan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Kuala Lumpur, pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid. Peguam mewakilinya, Azmi Mohd Rais berkata, ketidakhadiran anak guamnya adalah kerana terlibat dalam pembentangan kertas kerja bertajuk Kepentingan Ijmak dalam Mazhab Syafie dalam satu seminar di Brunei. Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1 Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #kesceraiartis #KarnivalSiangMalam…
S
Sinar Harian

1 Nora harap kemelut rumah tangga selesai segera 0:40
0:40
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked0:40
Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin berharap kemelut rumah tangga dengan suaminya,Dr Rushdi Ramli dapat diselesaikan dengan segera, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid. Nora atau nama penuhnya, Wan Norafizah Ariffin, 52, berpandangan, adalah lebih baik jika kes penceraian terbabit dapat disegerakan. Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1 Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #kesceraiartis #KarnivalSiangMalam…
S
Sinar Harian

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Rabu atas empat pertuduhan mengedar dan memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Mutiara, Pontian bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Tertuduh, Lau Keat Lim, 35, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan bagi kesalahan mengedar dadah jenis MDMA mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732125/berita/semasa/penganggur-didakwa-edar-dadah-lebih-6kg-berdepan-hukuman-mati Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #MahkamahMajistret #Pontian #EdarDadah…
S
Sinar Harian

1 Kenderaan Singapura tak daftar VEP akan disaman mulai 1 Julai, tak bayar tak boleh keluar Malaysia 2:02
2:02
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked2:02
Kenderaan Singapura tak daftar VEP akan disaman mulai 1 Julai, tak bayar tak boleh keluar Malaysia Kerajaan akan menguatkuasakan sepenuhnya Permit Masuk Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Julai ini bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata penguatkuasaan ini selaras dengan Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) iaitu menjadi kesalahan bagi mana-mana individu memandu kenderaan bermotor asing tanpa permit sah sebelum memasuki atau semasa berada di Malaysia. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732136/berita/nasional/penguatkuasaan-vep-di-sempadan-darat-malaysia-singapura-bermula-1-julai Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #VEP #sempadanmalaysiasingapura #KarnivalSiangMalam…
S
Sinar Harian

1 Lelaki kelar isteri hingga mati direman, laung takbir dalam lokap mahkamah 1:48
1:48
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:48
Lelaki kelar isteri hingga mati direman, laung takbir dalam lokap mahkamah Seorang lelaki yang juga penganggur disyaki mengelar isterinya sehingga maut dalam satu kejadian di sebuah rumah di Bukit Gambir, di sini pada Isnin, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan. Perintah reman terhadap suspek berusia 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Lee Kim Keat, selepas permohonan dikemukakan oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732107/berita/semasa/lelaki-kelar-isteri-hingga-mati-direman-laung-takbir-dalam-lokap-mahkamah Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kelaristeri #tangkak #KarnivalSiangMalam…
S
Sinar Harian

1 Kehadiran DPMM FC bantu tingkat nilai komersil 0:54
0:54
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked0:54
Kehadiran DPMM FC bantu tingkat nilai komersil Kehadiran kelab dari Brunei Darussalam (DPMM FC) bagi saingan Liga Super bagi musim 2025-2026, dilihat bakal membantu akan meningkatkan nilai komersil Liga Malaysia (Liga-M), lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini. Perkara itu dijelaskan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik yng turut menyifatkan kemasukan semula DPMM FC sejak 2008 dilihat memberi nilai tambah kepada saingan liga domestik. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731976/berita/sukan/kehadiran-dpmm-fc-bantu-tingkat-nilai-komersial-liga-m Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #DPMMFC #KarnivalSiangMalam…
S
Sinar Harian

Ubah suai lori seludup lembu korban Taktik licik sindiket menyeludup lembu menggunakan lori bonded terbongkar apabila kenderaan itu dikesan mengalami pengubahsuaian luar biasa sebelum ditahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak dalam Op Mega Korban pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan. Dalam operasi sekitar jam 10 pagi itu, sepasukan anggota penguat kuasa bertindak mengekori lori terbabit sejauh 40 kilometer dari Hentian Titiwangsa sebelum menahannya berhampiran Tugu Peringatan Pembinaan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732013/berita/semasa/ubah-suai-lori-seludup-lembu-korban Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #seluduplembu #JPVPerak #KarnivalSiangMalam…
S
Sinar Harian

1 Menjelang wukuf di Arafah, jemaah diminta jaga diri dan kesihatan 1:31
1:31
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:31
Menjelang wukuf di Arafah, jemaah diminta jaga diri dan kesihatan Kurang 24 jam sebelum hari wukuf di Arafah, jemaah haji diingatkan supaya menjaga diri dan kesihatan bagi memastikan ibadah tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah juga dinasihatkan agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi seperti yang telah beberapa kali dimaklumkan sebelum ini. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/732004/berita/nasional/menjelang-wukuf-di-arafah-jemaah-diminta-jaga-diri-dan-kesihatan --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #haji2025 #wukufdiarafah…
S
Sinar Harian

1 [INTERVIU] Al-'Abaqirah mencari keseimbangan duniawi dan ukhrawi 29:02
29:02
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked29:02
Pembinaan sahsiah pelajar sangat kritikal dalam persekitaran zaman moden yang kian mencabar. Menekankan kepentingan akademik jua sahsiah dengan disokong suasana pembelajaran yang kondusif, Sekolah Pondok Moden Al-’Abaqirah menawarkan atmosfera segar melahirkan generasi pelajar berimbang dengan memenuhi kedua-dua tuntutan duniawi dan ukhrawi. Dapatkan video penuh ini bersama Al Sheikh Al Mudir Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP, Ustaz Muhammad Al Zubair Abd Samad Cheam di platform digital Sinar Harian. Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/623868677372939 Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=hv07znJvUFQ X: https://x.com/SinarOnline/status/1929802941256683647 Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/731996/video/interviu/interviu-al-abaqirah-mencari-keseimbangan-duniawi-dan-ukhrawi Dailymotion: https://dai.ly/x9kpiu4 #Interviu #SinarHarian #MAIWP #SekolahPondokModenAl-’Abaqirah #Akademik…
S
Sinar Harian

1 UMNO, PKR belum bincang tindakan Tengku Zafrul - Khaled 1:12
1:12
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:12
UMNO, PKR belum bincang tindakan Tengku Zafrul - Khaled Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang perbincangan rasmi diadakan antara UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), susulan laporan mengenai hasrat Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyertai PKR, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Noor Faezah Muda. Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata, keputusan Tengku Zafrul untuk meninggalkan UMNO adalah hak peribadi yang tidak boleh dihalang parti dan ia turut mencerminkan karakter serta pendirian politik beliau. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731973/berita/politik/umno-pkr-belum-bincang-tindakan-tengku-zafrul---khaled --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #umno #tengkuzafrul #keluarparti #Khalednordin…
S
Sinar Harian

1 Kes ugut bunuh, kurung lelaki: Bella, tujuh rakan tukar pengakuan 2:12
2:12
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked2:12
Kes ugut bunuh, kurung lelaki: Bella, tujuh rakan tukar pengakuan Lapan individu termasuk sebagai Bella yang sebelum ini mengaku bersalah atas empat pertuduhan iaitu melakukan mengugut membunuh, ugutan memukul serta pemerasan terhadap seorang lelaki, menukar pengakuan mereka di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor azura Md Amin. Bella atau nama sebenarnya Nuredrianna Balqqisyh Anabella Norazman, 22, bersama tujuh lagi individu menukar pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret A Shaarmini dan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731966/berita/semasa/kes-ugut-bunuh-kurung-lelaki-bella-tujuh-rakan-tukar-pengakuan --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesugutbunuhkurung #tukarpengakuan…
S
Sinar Harian

1 4 lelaki termasuk warga asing mengaku berurusan dengan LPG tanpa lesen 1:55
1:55
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:55
4 lelaki termasuk warga asing mengaku berurusan dengan LPG tanpa lesen Empat lelaki termasuk seorang warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan berurusan dengan barang kawalan berjadual 1,200 kilogram(kg) LPG tanpa lesen, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Orang kena saman(OKS) Lee Kin Choong, 57, Lim Chun Wee, 38, Tan Kai Lun, 28 dan Mar Thang, 31 yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pelarian (UNCHR), membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam selepas kertas pertuduhan dibacakan. Bagaimanapun, pertuduhan terhadap seorang lagi OKS, Phaway Ai, 23, yang juga pemegang kad UNHCR, tidak dapat dibacakan kerana tidak memahami Bahasa Melayu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731934/berita/semasa/4-lelaki-termasuk-warga-asing-mengaku-berurusan-dengan-lpg-tanpa-lesen --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #LPGtanpalesen…
S
Sinar Harian

1 Tukang asah paling sibuk menjelang raya korban 1:47
1:47
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:47
Tukang asah paling sibuk menjelang raya korban Menjelang Aidiladha, Ahmad Nazari Abdullah, 62, antara individu yang dicari-cari kerana perkhidmatan mengasah parang dan pisau yang disediakannya., lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Seminggu sebelum tibanya hari itu, rutin bapa kepada lima anak ini semakin sibuk kerana perlu segera menyiapkan tempahan pelanggan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731854/edisi/melaka-ns/tukang-asah-paling-sibuk-menjelang-raya-korban --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #tukangasah #Seremban #KarnivalSiangMalam…
S
Sinar Harian

1 Tiga ahli Parlimen mohon jadi pemerhati kes saman Yusoff Rawther, Anwar 1:41
1:41
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:41
Tiga ahli Parlimen mohon jadi pemerhati kes saman Yusoff Rawther, Anwar Tiga ahli Parlimen memohon untuk mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebagai pemerhati dalam permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan, antaranya isu imuniti. Mereka ialah Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731937/berita/semasa/tiga-ahli-parlimen-mohon-jadi-pemerhati-kes-saman-yusoff-rawther-anwar Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #3MP #pemerhati #YusoffRawther #KarnivalSiangMalam…
S
Sinar Harian

1 'Kalau semua jemaah dunia macam Malaysia, saya boleh tidur dengan tenang' 2:07
2:07
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked2:07
'Kalau semua jemaah dunia macam Malaysia, saya boleh tidur dengan tenang' Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sekali lagi menzahirkan penghargaan kepada Tabung Haji (TH) dan memuji tahap disiplin serta kebersihan diamalkan jemaah Malaysia di Masyair sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, penghargaan itu diberikan menteri berkenaan, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah ketika beliau bertemunya dalam program Grand Hajj Symposium pada Ahad. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731859/berita/nasional/kalau-semua-jemaah-dunia-macam-malaysia-saya-boleh-tidur-lena Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji #JemaahMalaysia #KarnivalSiangMalam…
S
Sinar Harian

1 Banglo biru diancam hakisan berjaya diselamatkan 2:01
2:01
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked2:01
Banglo biru diancam hakisan berjaya diselamatkan Selepas hampir enam bulan diselubungi kebimbangan akibat hakisan pantai, banglo biru yang pernah tular di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini akhirnya berjaya diselamatkan selepas kerja-kerja tambakan siap sepenuhnya pada Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. Pemilik rumah, Mohd Yazit Idris, 66, berkata, kerja-kerja menyelamat rumahnya bermula sejak 21 Mei lalu dan mengambil masa lebih seminggu untuk disiapkan menggunakan kaedah tambakan bongkah batu dan tanah bukit. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731696/Banglo-biru-diancam-hakisan-berjaya-diselamatkan Muzik: Elevate dari www.bensound.com --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #BeritaSemasa #banglobiru #terengganu #Hakisanlaut #KarnivalSiangMalam…
S
Sinar Harian

1 Jemaah haji dilarang jalan kaki dari Makkah ke Arafah 2:51
2:51
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked2:51
Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan larangan supaya jemaah haji tidak berjalan kaki dari Makkah ke Arafah, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah dalam program Grand Hajj Symposium di Ritz Carlton, Makkah. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731724/berita/nasional/kerajaan-arab-saudi-akan-mempertingkatkan-sistem-pengangkutan-dan-semua-jemaah-haji-perlu-menaiki-kenderaan-disediakan #SinarHarian #BeritaSemasa #Jemaahhaji #Haji2025…
S
Sinar Harian

1 'Dia anak tunggal saya...itu kali terakhir lihat wajahnya' 3:01
3:01
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked3:01
“Selalunya saya buat panggilan video ada dia seorang saja tapi sehari sebelum kemalangan, Faris pun ada sekali... rupanya itu kali terakhir lihat wajah mereka”, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan. Demikian luahan Mohd Shah Penilzain Mohamed Said, 45, bapa kepada Nur Atikah Najiha yang maut bersama suaminya, Mohamad Faris Kamaludin, 24, dan ibu, Nurul Ain Abdul Rahim, 39, dalam nahas membabitkan kereta dan sebuah bas ekspres di Kuala Krai, Jumaat lalu. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731670/berita/dia-anak-tunggal-sayaitu-kali-terakhir-lihat-wajahnya #SinarHarian #BeritaSemasa #JohorBahru #KemalanganMaut…
S
Sinar Harian

1 ‘Dah banyak kali ingatkan tapi masih ada lagi kena tipu’ 2:31
2:31
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked2:31
Rakyat Malaysia sekali lagi diingatkan supaya berhati-hati apabila menerima tawaran haji mujamalah oleh pihak-pihak tertentu bagi mengelakkan daripada ditipu, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, peringatan telah beberapa kali dibuat malah pihaknya juga sebelum ini ada meminta khutbah-khutbah di masjid mengingatkan perkara berkenaan. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731586/berita/nasional/dah-banyak-kali-ingatkan-tapi-masih-ada-lagi-kena-tipu #SinarHarian #BeritaSemasa #Makkah #HajiMujamalah #Haji2025…
S
Sinar Harian

1 Jemaah haji Malaysia kelima meninggal dunia akibat serangan jantung 1:49
1:49
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:49
Seorang lagi jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci pagi Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan jemaah haji yang terkorban setakat ini seramai lima orang, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, mangsa dikenali sebagai Misnan Ahmad, 60, berasal dari Johor, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.50 pagi di Hospital King Abdulaziz, Makkah akibat serangan jantung. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731574/berita/semasa/jemaah-haji-malaysia-kelima-meninggal-dunia-akibat-serangan-jantung #SinarHarian #BeritaSemasa #Makkah #JemaahHajiMeninggal #Haji2025…
S
Sinar Harian

“Esok majlis akad nikah saya, tidak sangka bertukar menjadi majlis tahlil,” luah Mohd Syafiq Abdul Rahim, 24, adik kepada salah seorang mangsa kemalangan maut di Kampung Sungai Sam, di Kuala Krai pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin. Dalam kejadian tragis itu, kakaknya Nurul Ain Abdul Rahim, 39, anak tunggalnya Nur Atikah Najihah Mohd Shah Penilzain, 18, dan menantu Mohamad Faris Kamaludin, 24, maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres kira-kira jam 11.20 pagi. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731458/berita/semasa/sedih-majlis-nikah-bertukar-tahlil Muzik:Introspection dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Kemalanganmaut #kelantan…
S
Sinar Harian

1 SPRM sita enam kediaman mewah, tanah milik Tan Sri 1:51
1:51
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:51
Enam kediaman mewah dan sebidang tanah lot milik seorang pemegang konsesi bergelar Tan Sri disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat susulan siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang. Sumber memaklumkan, sitaan itu dilakukan hasil penggeledahan oleh Bahagian Siasatan SPRM membabitkan hartanah bernilai kira-kira RM12 juta. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731473/berita/semasa/sprm-sita-enam-kediaman-mewah-tanah-milik-tan-sri Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #rasuahdanasukuk #rasuahlebuhraya #tansriditahan #Rasuah #Rampasan…
S
Sinar Harian

Sejak bertahun-tahun, berlaku salah faham terhadap makna sebenar Jabal Rahmah. Ramai yang datang dengan niat khusus untuk berdoa agar mendapat jodoh, malah ada yang sanggup menulis nama pasangan di batu-batu bukit ini dengan harapan perhubungan mereka berkekalan, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan. Menurut Pembimbing Ibadat Haji, Dr Mohd Bakri Aziz@Saari, perbuatan itu tidak bersandarkan sebarang dalil yang sahih. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731317/berita/nasional/jabal-rahmah-bukan-tempat-minta-jodoh #SinarHarian #BeritaSemasa #Makkah #JabbalRahmah #Haji2025…
S
Sinar Harian

1 ‘Saya harap ALLAH hapuskan dosa-dosa saya’ - Bibiana Layola 2:20
2:20
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked2:20
“Saya nak mohon banyak-banyak keampunan daripada ALLAH SWT. Semoga ALLAH ampunkan semua dosa-dosa saya.” Demikian luah bekas penyanyi dan pelakon, Bibiana Layola atau nama sebenarnya Nur Habibah Abdullah, 55, yang merupakan antara 31,600 jemaah haji Malaysia terpilih menunaikan Rukun Islam kelima itu bagi musim 1446h/2025M,lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan. Beliau yang pernah memegang watak dalam filem Rozana Cinta ‘87 arahan pengarah, Nasir Jani turut berharap dapat istiqamah dalam melakukan ibadah sekembalinya ke tanah air kelak. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731406/berita/hiburan/saya-harap-allah-hapuskan-dosa-dosa-saya---bibiana-layola #SinarHarian #BeritaSemasa #Jemaahhaji #Haji2025…
S
Sinar Harian

1 Cikgu, abang 'CCTV & wiring' didenda RM5,000 mengaku salah cuba lakukan zina 1:08
1:08
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:08
Seorang guru dan 'abang CCTV & wiring' yang tular mengenai skandal seks didenda RM5,000 setiap seorang atau enam bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, pada Jumaat. Kedua-dua mereka dengan suara sebak mengaku bersalah atas percubaan melakukan zina pada 28 Februari lalu di bawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731414/berita/semasa/cikgu-abang-wiring-didenda-rm5000-mengaku-salah-cuba-lakukan-zina #SinarHarian #BeritaSemasa #kesrogol #mahkamah #Melaka…
S
Sinar Harian

1 ‘Saya pernah lihat Kaabah dalam gambar sebelum ditakdir buta’ 1:49
1:49
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:49
Seorang pesara guru bersyukur kerana dipilih menjadi tetamu ALLAH biarpun tidak lagi dapat melihat Kaabah secara fizikal, la[or wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan. Jemaah haji cacat penglihatan, Zawiah Mohamad, 62, berkata, beliau pernah ke Tanah Suci menunaikan umrah pada tahun 2016 bersama suami dan anak bongsunya, Faizah Suaida, 25. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731316/berita/nasional/saya-pernah-lihat-kabaah-dalam-gambar-sebelum-ditakdir-buta #SinarHarian #BeritaSemasa #Jemaahhaji #Haji2025…
S
Sinar Harian

1 Dua peniaga dituduh rogol pelajar universiti dalam kereta 1:49
1:49
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:49
Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di Melaka pada Jumaat atas tuduhan merogol secara berkumpulan seorang pelajar universiti dalam sebuah kereta, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob. Tertuduh, Muhamad Shafiq Asyraf Jasarudin, 23, dan Muhamad Nazhim Razali, 29, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731382/berita/semasa/dua-peniaga-dituduh-rogol-pelajar-universiti-dalam-kereta #SinarHarian #BeritaSemasa #kesrogol #mahkamah #Melaka…
S
Sinar Harian

1 Pemandu e-hailing didakwa rompak kedai emas mahu langsaikan hutang RM70,000 1:04
1:04
Play Later
Play Later
Lists
Like
Liked1:04
Seorang lelaki yang terjerat hutang along didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka pada Jumaat atas tuduhan merompak sebuah kedai emas dan mencederakan seorang wanita warga emas minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob. Tertuduh, Melvin Yen Wei Shern, 31, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731364/edisi/melaka-ns/pemandu-e-hailing-didakwa-rompak-kedai-emas-mahu-langsaikan-hutang-rm70000 #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesrompakkedaiemas #Melaka…
Welcome to Player FM!
Player FM is scanning the web for high-quality podcasts for you to enjoy right now. It's the best podcast app and works on Android, iPhone, and the web. Signup to sync subscriptions across devices.